BOLA SEPAK
UNL: Gol Soler, Sarabia bawa Sepanyol ke tangga teratas
SEPANYOL 2 REPUBLIK CZECH 0
Sepanyol memperoleh dua kemenangan berturut-turut untuk kini menduduki tangga teratas Kumpulan A2, Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas jaringan Carlos Soler dan Pablo Sarabia memberikan La Roja kemenangan 2-0 ke atas Republik Czech awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Luis Enrique itu menewaskan Switzerland awal pagi Jumaat lalu selepas memulakan kempen dengan dua keputusan seri dan mereka sekali lagi menemui kemenangan dalam aksi terbaru di La Rosaleda di Malaga.
Iklan
Pemain tengah Valencia, Soler, membuka jaringan pada pertengahan babak pertama selepas menerima hantaran Marco Asensio untuk kini merekodkan tiga gol di peringkat antarabangsa.
Pemain gantian, Sarabia, kemudian memastikan tiga mata penting buat La Roja menerusi jaringannya pada minit ke-75, sekali gus memastikan Sepanyol menduduki tangga teratas dengan memintas Portugal, yang tewas 0-1 kepada Switzerland dalam satu lagi perlawanan.
Sepanyol seterusnya akan menantikan kunjungan Switzerland apabila saingan UNL bersambung pada 24 September depan manakala Republik Czech pula akan melayani Portugal pada hari yang sama.
7 - No player has provided more assists for the Spain national team ?? than Marco Asensio in all competitions with Luis Enrique Martínez as manager (seven, as many as Jordi Alba). Confidence. pic.twitter.com/yivIfD6ok6— OptaJose (@OptaJose) June 12, 2022
Must-Watch Video