Cristiano Ronaldo dan Francisco Conceicao menemui sasaran ketika Portugal bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jerman 2-1 dalam perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Munich awal pagi tadi.
Jerman kelihatan akan menantikan pemenang di antara Sepanyol dan Perancis menjelang aksi final awal pagi Isnin ini apabila Florian Wirtz memecahkan kebuntuan buat tuan rumah pada awal babak kedua.
Bagaimanapun, pemain gantian Portugal, Conceicao, menjaringkan gol gemilang pada minit ke-63 untuk menyamakan kedudukan.
Lima minit berselang, Ronaldo berhasil menolak masuk gol kemenangan pasukannya, sekali gus memastikan pemburuan gelaran kedua Selecao dalam kejohanan itu terus bernyala.