Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Dua gol dalam enam minit Deniz Undav pacu kemenangan Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

undav_1.jpg
Deniz Undav menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit separuh masa pertama untuk memacu kemenangan Jerman menewaskan Bosnia-Herzegovina 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara (UNL) di Stadium Bilino Polje, awal pagi tadi.

Penyerang Stuttgart untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke-30 dan ke-36 untuk memastikan skuad kendalian Julian Nagelsmann selesa mendahului dengan dua jaringan awal dalam separuh masa pertama.


 

Namun, masuk babak kedua pula menyaksikan Edin Dzeko berjaya meledak gol buat Bosnia pada minit ke-70 selepas menewaskan Alexander Nübel, namun sukar mencari jaringan penyamaan kedua untuk mengikat Jerman hingga wisel penamat dibunyikan dan kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu memacu Jerman untuk berada di puncak saingan Kumpulan C dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan dengan Bosnia di kedudukan terakhir hanya mengumpul satu mata.

Advertisement

Must Watch Video