BOLA SEPAK
UNL: Daniel Maldini jadi taruhan kreatif terbaik Itali
Ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti, percaya Daniel Maldini mampu menjadi pencetus kreatif kepada pasukan kebangsaan menjelang pertembungan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan Belgium, awal pagi esok.
Maldini berkesempatan mengikut jejak langkah bapanya, Paolo, dan datuknya, Cesare, yang kedua-duanya merupakan bekas kapten Itali sekiranya dia mewakili Azzurri di Stadio Olimpico.
Pemain berusia 22 tahun itu melalui proses akademi di Milan dan selepas 24 penampilan dengan menyumbangkan satu gol, dia berkelana selama tiga musim secara pinjamab dari 2022 hingga 2024.
Iklan
Maldini menghabiskan separuh masa kedua musim lalu di Monza secara pinjaman sebelum membuat perpindahan kekal pada Julai lalu dengan menjaringkan lima gol dalam 19 perlawanan untuk membantu pasukan bimbingan Raffaele Palladino itu menduduki tempat ke-12 dalam Serie A.
Kini di bawah bimbingan Alessandro Nesta, karier Maldini kian berkembang dan menyempurnakan lebih banyak gelecekkan (12) dalam liga berbanding rakan sepasukannya setakat ini.
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) October 9, 2024
Pemain muda Itali itu muncul salah seorang daripada empat pemain yang dipanggil untuk menyertai senior untuk menghadapi perlawanan UNL menentang Belgium dan Israel selepas penyerang Monza itu menggantikan tonggak Lazio, Matteo Zaccagni.
Dan Spalletti yakin Maldini mampu memberi impak, berkata: "Dia mampu menjadi pelengkap yang kami cari-cari."
Must-Watch Video