Jaringan Bernardo Silva dan Cristiano Ronaldo dalam separuh masa pertama membawa Portugal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi Liga Negara-Negara (UNL) selepas menewaskan Poland 3-1, di Stadium Nasional Warsaw, awal pagi tadi.
Pasukan pelawat mendominasikan perlawanan sehinnga jaringan Piotr Zielinski pada minit ke-78 membuka semula peluang untuk pasukan tuan rumah sekurang-kurangnya mengikat Selecao.
Namun, Jaringan sendiri Jan Bednarek pada penghujung perlawanan menutup peluang Poland untuk meraih sebarang mata di laman sendiri sekali gus keputusan 3-1 kekal hingga wisel penamat.
?? @BernardoCSilva scores in Portugal's triumph over Poland! ?
— Manchester City (@ManCity) October 12, 2024
Poland akan membuat perhitungan sekali lagi bersama Portugal dalam aksi kelima Kumpulan A pada 16 November ini.
Ketika ini, Portugal berada di puncak peringkat kumpulan dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan. Manakala, Poland hanya melakar satu kemenangan ketika berdepan Scotland sebelum ni untuk memperoleh tiga mata di kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan A.
Em campo e nas bancadas: ????́??? portuguesa! ? #PartilhaAPaixão | #NationsLeague pic.twitter.com/Ti3UTqW1hI
— Portugal (@selecaoportugal) October 12, 2024