UNL: Belgium yakin barisan muda tawan Itali

Shaiful Shamsudin
Oktober 9, 2024 06:28 MYT
Berikutan ketiadaan Romelu Lukaku dan Kevin De Bruyne, ketua jurulatih Belgium, Domenico Tedesco, yakin barisan mudanya mampu menguasai bahagian tengah ketika menentang Itali.
Belgium bertandang ke Stadio Olimpico, awal pagi esok, untuk berdepan Azzurri dalam pertembungan Kumpulan A2 Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan harapan untuk memadam kekalahan 0-2 kepada Perancis bulan lalu.
Begitupun, mereka perlu berbuat demikian tanpa dua pemain paling berpengalaman, Lukaku dan De Bruyne.
Lukaku telah memulakan karier yang baik di bawah kendalian Antonio Conte di Napoli apabila menjaringkan tiga gol selain mencipta empat bantuan jaringan dalam lima perlawanan Serie A setakat ini.
Pemain berusia 31 tahun itu juga merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Belgium dengan meledak 85 gol menerusi 119 penampilan, namun gagal merebut semula kepercayaan jurulatihnya selepas digugurkan bulan lalu.
De Bruyne daripada Manchester City pula meminta untuk dipinggirkan daripada baki perlawanan UNL membabitkan Belgium sepanjang tahun ini bagi menguruskan beban kerjanya.

Roma. ?? #DEVILTIME pic.twitter.com/2CEZhRNxYe

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) October 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
De Bruyne telah diturunkan dalam kedua-dua perlawanan bulan lalu yang menyaksikan mereka menewaskan Israel 3-1 sebelum tewas kepada Perancis di Lyon.
Tetapi Tedesco yakin bahawa generasi baharu The Red Devils mampu meraih keputusan memberangsang dalam perlawanan UNL akan datang.
"Kami mempunyai beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan.
"Namun, kami mempunyai ramai anak muda yang menjanjikan, generasi baru, berbakat besar. Jadi saya kami gembira," katanya.
#UNL
;