BOLA SEPAK
UNL: Belgium dedah punca Kevin De Bruyne tak tersenarai
Kevin De Bruyne sendiri yang meminta pelepasan daripada terbabit dengan kempen Liga Negara-Negara (UNL) 2024 bersama Belgium bagi menguruskan beban kerjanya, dedah ketua jurulatih, Domenico Tedesco.
Semalam, Tedesco menamakan skuad 23 pemainnya untuk menentang Itali dan Perancis dalam Kumpulan A2, lantas ketiadaan De Bruyne menjadi tajuk utama.
De Bruyne beraksi dalam kedua-dua perlawanan pada rehat antarabangsa bulan lalu ketika mereka menewaskan Israel 3-1 sebelum tewas 0-2 kepada Perancis di Lyon.
Iklan
Selepas perlawanan terakhir itu, dia mengundang perhatian dengan mempersoalkan mentaliti dan semangat juang barisan kendalian Tedesco itu, namun dia mengesahkan komitmennya untuk terus berada di pentas antarabangsa hingga sekurang-kurangnya Piala Dunia 2026.
Manchester City berdepan jadual padat musim ini selepas layak ke 32 pasukan awal Piala Dunia Kelab, lantas pemain tengah itu berhasrat menjaga kecergasannya.
"Saya telah mengadakan perbualan telefon yang panjang dengan Kevin.
Two ? fixtures coming up. ⏳ #DEVILTIME pic.twitter.com/23EXW6y6KT— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) October 4, 2024
"Dia mengalami kecederaan tetapi dia sangat bermotivasi untuk terus bersama The Red Devils dan beraksi dalam Piala Dunia 2026," kata pengurus itu ketika mengumumkan skuad terbaharunya.
"Dia sendiri yang meminta untuk kem ini dan juga November, untuk menjaga tubuhnya. Jadual menjadi lebih sibuk kerana Piala Dunia Kelab.
"Itulah sebabnya dia tidak tersenarai pada kali ini termasuk bulan depan. Tetapi apabila tiba saat penting seperti Piala Dunia maka dia akan bersedia."
Must-Watch Video