LALIGA
UNL: Belanda tidak terburu-buru kerah Frenkie de Jong
Frenkie de Jong dijangka kembali memperkuatkan barisan Belanda dalam pertembungan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) menentang Hungary, tetapi masih jauh untuk menjelmakan prestasi kemuncaknya.
Demikian kata Ronald Koeman yang memanggil pemain tengah Barcelona itu buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan selepas bergelut dengan kecederaan buku lali.
De Jong telah membuat tujuh penampilan untuk Barca pertandingan musim ini, namun telah digantikan dalam kekalahan 0-1 kepada Real Sociedad.
Pemain berusia 27 tahun itu digantikan oleh Dani Olmo dalam separuh masa akibat kecederaan, namun Koeman mengesahkan ia bukan satu isu serius.
"Saya segera menghubunginya. Kemudian saya diberitahu bahawa ia bukan mengenai buku lalinya," kata ketua jurulatih skuad Oranje itu.
"Ia tentang tulang keringnya, jadi ia juga bukan satu masalah juga.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mengandaikan dia boleh diturunkan tetapi ada kemungkinan dia perlu berlatih secara individu esok. Jadi kita akan lihat esok."
Bagaimanapun, Koeman berpandangan bahawa De Jong masih beraksi di bawah paras sebenar berbanding ketika membantu Belanda muncul naib juara UNL edisi 2018-19.
"Jelas sekali dia sudah lama tidak beraksi dan belum bermain dengan prestasi sebenarnya. Mari kita katakan seperti itu.
"Tetapi ia sangat penting bagi kami bahawa dia ada dalam pasukan."