Skip to main content

Bola Sepak

United perlu 'bermain seperti robot' untuk cari kemenangan -- Ten Hag

erik-ten-hag_1ecsvls2dqh181ffhjjbmnvmvp.jpg
Erik ten Hag tahu pemain Manchester United hanyalah manusia, tetapi berasakan dia perlu menuntut mereka 'bertindak seperti robot' untuk memberikan keputusan.

United tewas 2-0 dalam aksi kembali ke Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad menentang Newcastle United.

Walaupun mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam Piala FA dan Liga Europa, hanya satu mata daripada tiga perlawanan terakhir liga utama mereka telah meletakkan mereka di tangga kelima dalam carta liga.

Ten Hag, bagaimanapun, tidak meragui skuadnya boleh menemui semula rentak terbaik.

"Saya bersetuju kami kembali kepada tabiat lama, tetapi saya juga tahu ada turun naik," katanya kepada The Guardian. 

"[Pemain] bukan robot. Tetapi kami perlu bertindak sebagai robot, sebagai mesin.

“Kami perlu menjangka dan menuntut pemain kami supaya mereka menepati piawaian jadi apabila kami tidak melakukan [itu] kami kecewa kerana itu adalah tugas kami.
 

"Kami telah menunjukkan apa yang kami mampu lakukan. Ia sukar, penuh dengan kepercayaan yang tinggi, keyakinan, semangat dan kesatuan di antara setiap pemain.

"Kami telah melakukan dalam banyak perlawanan. Kami membuktikan kami mampu menang, tetapi ia perlu berlaku dalam setiap perlawanan kerana ia adalah tuntutan buat Manchester United."

United boleh melonjakkan diri mereka kembali ke tempat kelayakan Liga Juara-Juara dengan kemenangan ke atas Brentford esok, selepas memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding Tottenham di tempat keempat.

Ten Hag juga akan melihat kembali minggu depan ke aksi Liga Europa, dengan kelab itu akan menjadi tuan rumah Sevilla pada Jumaat dalam perlawanan pertama suku akhir mereka.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video