PIALA MALAYSIA
Unifi Piala Malaysia: Tunggu Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih memerlukan masa sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status penggantungan pemain import Sri Pahang, Kpah Sherman.
Khidmat penyerang kebangsaan Liberia itu terpaksa dilupakan dalam Unifi Piala Malaysia kerana sudah mengumpul dua kad kuning tatkala dia menjadi watak penting kemaraan Tok Gajah ke pentas perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selepas meledak tiga gol daripada enam penampilan, Sherman ditagih untuk membantu bagi menghadapi juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), pada 26 April depan.
Namun, sehingga kini belum ada keputusan rasmi daripada FAM berhubung perkara itu.
"Belum lagi ada.
"Perkara ini akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
"Setakat ini belum lagi (perbincangan," katanya.
Terdahulu, juara tiga kali itu sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan bulan lalu dan masih menunggu maklum balas mengenai status penggempur utama pasukan tersebut.