Penyerang Kedah Darul Aman (KDA), Sony Norde, bakal membawa haluan baru ke sebuah kelab di Liga Indonesia bermula 5 Disember nanti dengan perlawanannya dalam kempen pusingan pertama Unifi Liga Malaysia 2024 malam tadi merupakan aksi terakhirnya buat Sang Kenari.

Dua jaringan yang berjaya dihasilkan di Alor Setar menentang Kuala Lumpur (KL) City malam tadi dihadiahkan kepada semua penyokong skuad Sang Kenari itu memandangkan ia adalah kali terakhir dia akan beraksi di Stadium Darul Aman.

"Kami tahu bahawa KDA dalam keadaan kurang baik dengan masalah kewangan, tetapi kami memilih untuk beraksi demi masa depan. Jadi kami motivasi diri sendiri untuk turun beraksi dan bukan kerana sebab lain.







"Saya rasa karakter ini datang dari hati, kami bermain untuk kelab dan lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Saya sudah ada perjanjian dengan Malut United, saya akan pergi pada 5 December ini.

"Ini adalah perlawanan terakhir di laman sendiri dengan dua gol. Terima kasih buat penyokong KDA yang hadir dan tetap berada disamping kami." katanya.