Unifi Piala Malaysia: Sri Pahang-Selangor bergelut di atas padang becak
Shaiful Shamsudin
November 23, 2024 22:44 MYT
November 23, 2024 22:44 MYT
SRI PAHANG 1 SELANGOR 1
Kegusaran Fandi Ahmad terhadap posisi penjaga gol terjawab apabila kesilapan pada minit ke-83 memberikan Selangor gol penyamaan dalam perlawanan di Stadium Temerloh sebentar tadi.
Padang becak akibat hujan lebat sebelum sepak mula tidak membenarkan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak sebenar sempena pertemuan pertama pusingan 16 Piala Malaysia itu.
Di sebalik kesukaran dihadapi, Sri Pahang berhasil merobek gawang dalam babak pertama apabila tandukan Sean Selvaraj pada minit ke-27 perlawanan melemaskan penjaga gol Gergasi Merah, Azim Al-Amin.
Selangor kemudian diasak sebaik baki 45 permainan bersambung sebelum rentak itu diimbangi.
Reaksi daripada pelawat itu memaksa penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin, bertungkus lumus yang menyaksikannya beberapa terpaksa mendapatkan rawatan.
Namun, tindakan ketua jurulatih, Fandi -- yang sudah pun menyuarakan kebimbangannya terhadap posisi penjaga gol -- memakan diri kerana tidak melakukan pertukaran.
Dan kesilapan Zarif Irfan ketika tandukkan Nikola Jambor membolehkan Selangor mengikat kedudukan 1-1 sebelum memuktamadkan pertemuan pusingan 16 itu di Stadium MBPJ, Ahad depan.