Unifi Piala Malaysia: Saya hanya jalankan tugas, kata Bergson

Shaiful Shamsudin
Disember 1, 2024 19:15 MYT
Penggempur berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mengakui hanya menjalankan tugas sebagai penyerang untuk membantu pasukan dengan jaringan.
Penjaring terbanyak Harimau Selatan itu meledak dua gol ketika bertindak sebagai pemain gantian dan dianggap pencetus kemenangan bergaya 6-0 perlawanan kedua pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Idris (SSI) malam tadi.
Bergson yang mengungguli carta jaringan Liga Super menerusi 19 ledakan gol setakat ini turut berkongsi pandangan mengenai potensi 'ubi muda' JDT.
"Jaringan menjadi perkara kedua paling penting bagi saya.
"Jurulatih mengatakan kami beraksi baik dalam kedua-dua perlawanan, itu caranya membuktikan bahawa kami terus berkembang.
"Kami ke pusingan seterusnya dan fokus kepada cabaran seterusnya," katanya selepas perlawanan.
;