Unifi Piala Malaysia: Perak gagal lunas kelebihan tempat sendiri, Sri Pahang raih kemenangan tipis
Ammar Hakim
Disember 13, 2024 23:35 MYT
Disember 13, 2024 23:35 MYT
Sri Pahang berjaya membawa bekalan tipis kembali ke Temerloh dari suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu Perak sebentar tadi.
Ketika perlawanan tampak tamat di babak pertama dengan terikat tanpa jaringan, muncul Kpah sherman untuk menghukum pertahanan tuan rumah di Manjung.
Perak untuk mempamerkan aksi garang dalam separuh masa kedua, mengatur gerakan yang cuba disudahkan Clayton, namun mudah dihalang penjaga gol skuad Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin.
Sri Pahang pula cuba menggandakan kelebihan tapi percubaan Manuel Hidalgo berjaya ditepis penjaga gol Perak, Ramadhan Hamid.
Ketika Pahang seakan hampir pasti menang, Zarif dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.
Sayangnya tuan rumah gagal mengambil kesempatan ke atas kelebihan itu untuk menyamakan kedudukan dan perlawanan bersurai dengan keputusan 1-0 memihak Sri Pahang