Unifi Piala Malaysia: Kuching bakal bertemu Sabah di suku akhir
Ammar Hakim
November 30, 2024 22:00 MYT
November 30, 2024 22:00 MYT
Pertembungan 'Derbi Borneo' bakal disajikan dalam saingan suku akhir Unifi Piala Malaysia 2024 apabila Kuching City bakal membuat perhitungan dengan Sabah dalam merebut slot ke separuh akhir.
Kuching yang dikendalikan Aidil Sharin Sahak mengatasi Penang 3-0 secara agregat hasil kemenangan 2-0 di Stadium Negeri, sebentar tadi selepas meraih kemenangan 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Bandaraya, sebelum ini.
Kuching membuka jaringan menerusi Tchetche Kipre yang menyudahkan hantaran Petrus Shitembi pada minit ke-67.
Ramadhan Saifullah pula menggandakan gol Kuching pada minit ke-79 untuk memadam semangat perjuangan Penang menerusi kemenangan 3-0 secara agregat.