Unifi Piala Malaysia: Kehadiran Kinoshi mampu tamat dominasi JDT -- Zakaria Rahim
Ammar Hakim
November 25, 2024 19:22 MYT
November 25, 2024 19:22 MYT
Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim, percaya skuad Gergasi Merah mampu menamatkan dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Piala Malaysia menerusi kehadiran jurulatih baru Katsuhito Kinoshi.
Ini berdasarkan pengalaman luasnya bersama beberapa kelab Jepun dan skuad kebangsaan Serbia walaupun lebih banyak bertindak sebagai penolong jurulatih.
Aksi menentang kelab Thailand, Muangthong United dalam Liga Juara-Juara 2 (ACL2) Khamis ini akan jadi ujian sulung buat Kinoshi.
Terdahulu, Selangor mengumumkan Kinoshi sebagai jurulatih baru bagi menggantikan tempat Nidzam Jamil yang membuat keputusan mengejut meletak jawatan 30 Oktober lalu.