Skip to main content

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Juan Muniz tekad ulangi prestasi memukau Piala FA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juan-muniz.jpg
Perancang tengah johor, Darul Ta'zim (JDT), Juan Muniz, menjadikan memori manis final Piala FA sebagai dorongan terbaik untuk memacu Harimau Selatan dengan kejuaraan Unifi Piala Malaysia.

Pemain kelahiran Sepanyol tersebut dinobat bintang perlawanan akhir setelah membantu juara bertahan itu membelasah Selangor 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ogos tahun lalu.

Muniz mempamerkan aksi memukau dalam aksi final itu menerusi ledakan hatriknya -- dua jaringan melalui sepakan percuma dan voli rendah yang menewaskan penjaga gol Gergasi Merah, Sam Somerville, pada minit ke-26, 67 dan 89.

Sensasi Muniz membolehkan bekas pemain skuad remaja kebangsaan La Roja itu diangkat Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA. 

Justeru, tonggak berusia 33 tahun berkenaan berpeluang berpeluang untuk mengulangi pencapaian itu sebelum Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 melabuhkan tirainya. 

"Saya hanya memikirkan tentang mutu persembahan pasukan tanpa memikirkan anugerah individu sebagaimana dalam perlawanan akhir terdahulu dan fokus kepada perlawanan akhir kali ini. 





"Kami menjalani persiapan yang baik dan tengoklah apa yang akan terjadi. 

"Saya akan menghadapi perlawanan akhir ini, perlawanan penutup musim yang panjang ini dengan mentaliti dan tenaga dengan tepat.

"Kami mahukan penamat manis untuk musim ini," katanya di Nadi Arena.

Terdahulu, Muniz terpilih dalam kesebelasan terbaik pilihan penyokong Liga-M untuk merangkul Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25, malam tadi. 

Dia, bagaimanapun, tewas kepada rakan sepasukannya Bergson Da Silva bagi kategori Pemain Import Terbaik. 

"Saya gembira tercalon untuk anugerah buat julung kalinya.

"Saya mahu berterima kasih kepada peminat dan gembira berpeluang bertemu pemain daripada pasukan lain walaupun dalam masa terhad," katanya.

Advertisement

Must Watch Video