PIALA MALAYSIA
Unifi Piala Malaysia: JDT anjur cabutan bertuah menang motor, galak penyokong penuhi SSI
Bersempena perlawanan separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) menganjurkan satu inisiatif terbaik bagi memupuk penyokong untuk hadir memberi sokongan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok petang.
Menerusi perkongsian di laman rasmi X, pasukan tuan rumah akan mengadakan pertandingan cabutan bertuah buat pemegang pas bermusim dan juga termaktub untuk pembelian tiket yang sudah dibeli bagi menyaksikan pertembungan menentang Terengganu itu.
Pas pusat pelancongan terkemuka yang terletak di Iskandar Puteri, Legoland, serta dua buah motorsikal menjadi hadiah istimewa buat pemenang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Harimau Selatan kini selangkah ke aksi akhir piala berprestij itu selepas memiliki kelebihan empat jaringan berdepan Sang Penyu, sebelum ini.
Mari ramai-ramai penuhkan stadium, sokong pasukan kesayangan!