PIALA MALAYSIA
Unifi Piala Malaysia: Dari Tenom demi suasana kemeriahan Stadium Temerloh
Lapan sekeluarga berkorban jiwa raga demi menjelmakan sokongan terhadap Sabah dalam pertemuan separuh akhir Unifi Piala Malaysia malam ini.
Jarak 3,305.8km bukan halangan buat mereka yang teruja untuk kali pertama menonton perlawanan bola sepak di Semenanjung.
Kebetulan cuti Tahun Baru Cina jadi saya mahu bawa keluarga merasai suasana perlawanan di Semenanjung pula.
"Selama ini mereka menonton perlawanan hanya di Stadium Likas. Mereka tidak pernah pergi ke tempat lawan," katanya penyokong Sabah Badak, Yap Ken Vun, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, di perkarangan stadium sebentar tadi.