Kuala Lumpur (KL) Rovers dijangkakan bakal bertukar venue perlawanan menjelang saingan pusingan 16 Piala Malaysia 2024/25 dengan aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Cheras akan berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Khamis ini.
Megikut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, KL Rovers akan berlepas ke Johor Bahru esok pagi dan dijangkakan akan menajalani sesi latihana akhir petang esok sebagai persediaan sebelum membuat perhitungan berdepan Harimau Selatan di SSI.
Sebelum ini, skuad kendalian Wan Mustafa Wan Ismail itu terpalit dengan isu kewangan apabila para pemain kelab itu tidak menerima gaji selama beberapa bulan dan berkemungkinan tarik diri dari kempen itu.
Saufi Tahir
Mon Nov 18 2024