Unifi Piala Malaysia: Agregat 9-0 iring JDT ke suku akhir, Jese Rodriguez mula tunjuk taring
Najmi Iman
November 30, 2024 19:31 MYT
November 30, 2024 19:31 MYT
Gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan awal apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Unifi Piala Malaysia selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Bekalan tiga gol oleh Heberty Fernandes sewaktu perlawanan timbal balik pertama tempoh hari memberi kelebihan buat anak buah Hector Bidoglio terus menghukum skuad daripada Liga A1 Semi-Pro itu.
Bermain di tempat sendiri, bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez membuktikan bahawa dia adalah pemain berkualiti susulan hantarannya terkena kaki pemain KL Rovers yang kemudiannya terbias ke gol sendiri.
KEPUTUSAN MASA PENUH | PM R16 (2) Johor Darul Ta'zim menewaskan Kuala Lumpur Rovers FC dengan agregat 9-0.#UnifiPialaMalaysia2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/nDmfFgGWoj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan berkelas dunia daripada pertahahan kebangsaan, Corbin Ong, menggegar jaring skuad pelawat pada minit ke-33 untuk kedudukan 2-0.
Jese Rodriguez akhirnya menemui gol pertamanya bersama skuad Harimau Selatan di hadapan peminat tempatan sebelum tamat separuh masa pertama.
Penyerang JDT yang juga bekas pemain Real Madrid Jese Rodriguez ledak gol sulung dalam kancah Liga Malaysia. Separuh masa pertama round 16 Piala Malaysia, JDT 3-0 KL Rovers. @ASTROARENA pic.twitter.com/wuEe6s8XNT
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemasukan penyerang berbisa, Bergson da Silva, menambah duka skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail yang menjaringkan dua gol untuk skor 5-0.
Nama Mohamadou Sumareh kembali menghiasi aksi berat sebelah itu apabila berjaya mencetak selaku penjaring keenam JDT, sekali gus memenangi permainan dengan agregat 9-0.