Bekalan tiga gol oleh Heberty Fernandes sewaktu perlawanan timbal balik pertama tempoh hari memberi kelebihan buat anak buah Hector Bidoglio terus menghukum skuad daripada Liga A1 Semi-Pro itu.
Bermain di tempat sendiri, bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez membuktikan bahawa dia adalah pemain berkualiti susulan hantarannya terkena kaki pemain KL Rovers yang kemudiannya terbias ke gol sendiri.
KEPUTUSAN MASA PENUH | PM R16 (2)
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2024
Johor Darul Ta'zim menewaskan Kuala Lumpur Rovers FC dengan agregat 9-0.#UnifiPialaMalaysia2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/nDmfFgGWoj
Jaringan berkelas dunia daripada pertahahan kebangsaan, Corbin Ong, menggegar jaring skuad pelawat pada minit ke-33 untuk kedudukan 2-0.
Jese Rodriguez akhirnya menemui gol pertamanya bersama skuad Harimau Selatan di hadapan peminat tempatan sebelum tamat separuh masa pertama.
Penyerang JDT yang juga bekas pemain Real Madrid Jese Rodriguez ledak gol sulung dalam kancah Liga Malaysia. Separuh masa pertama round 16 Piala Malaysia, JDT 3-0 KL Rovers. @ASTROARENA pic.twitter.com/wuEe6s8XNT
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 30, 2024
Kemasukan penyerang berbisa, Bergson da Silva, menambah duka skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail yang menjaringkan dua gol untuk skor 5-0.
Nama Mohamadou Sumareh kembali menghiasi aksi berat sebelah itu apabila berjaya mencetak selaku penjaring keenam JDT, sekali gus memenangi permainan dengan agregat 9-0.