Skip to main content

Bola Sepak

Undi: Siapa bakal dinobat juara Piala Asia? Qatar atau Jordan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

final-qatar-vs-jordan_1.jpg
Juara bertahan merangkap tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar, bakal bertemu pasukan penuh kejutan, Jordan, dalam misi mereka untuk mengekalkan kejuaraan menjelang aksi final di Stadium Lusail lewat malam ini.

Qatar menewaskan pasukan nombor dua Asia, Iran, 3-2 dalam aksi separuh akhir manakala Jordan pula mencipta kejutan menumbangkan skuad bimbingan Jurgen Klinsmann, Republik Korea, untuk ke final.

Berdasarkan prestasi semasa, pasukan mana akan dinobatkan juara edisi kali ini?

Adakah Qatar akan mempertahankan gelaran mereka atau Jordan bakal meraih penamat indah kisah dongeng dalam penampilan pertama di pentas final?

Undi di sini:
 

Advertisement

Must Watch Video