Skip to main content

Bola Sepak

Undi: Mampukah Terengganu pintas Central Coast Mariners di tangga teratas?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-central-coast-mariners.jpg
Terengganu akan berdepan Central Coast Mariners bagi aksi kelima Kumpulan G, Piala AFC di gelanggang lawan petang ini.

Seandainya menang, Terengganu akan memintas kelab Australia itu untuk menduduki tangga teratas dan seandainya seri, skuad Peteh itu masih lagi akan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat Asia berkenaan.

Sekiranya tewas, Bali United berpeluang untuk menghambat kedudukan Terengganu selaku pasukan kedua terbaik kumpulan itu menjelang aksi terakhir seandainya mereka dapat menewaskan Stallion Laguna dalam satu lagi perlawanan malam ini.

Jadi, apakah ramalan anda untuk perlawanan ini? Undi di sini:


 

Advertisement

Must Watch Video