EPL
Unai Emery tidak rela hilang khidmat Jhon Duran, Ollie Watkins
Pengendali Aston Villa, Unai Emery, tidak rela kehilangan tonggak utamanya iaitu Jhon Duran dan Ollie Watkins yang dilamar beberapa pasukan menjelang jendela perpindahan yang akan ditutup 3 Februari nanti.
Ollie Watkins dikhabarkan sedang dilamar beberapa kelab termasuk Arsenal yang sebelum ini kehilangan penyerang utamanya iaitu Gabriel Jesus dan Gariel Martinelli.
Aston Villa menewaskan Celtic 4-2 untuk mara ke pusingan 16 terakhir selepas Morgan Rogers melakar hatrik dan Ollie Watkins melengkapkan gol keempat untuk meletakkan Villa di kedudukan kelapan dalam carta Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan 16 mata.
Iklan
"Saya tidak mahu (jual Ollie Watkins). Ia adalah berita baik apabila mendapat tawaran daripada kelab lain. Kami mahu mengekalkannya.
A top-eight finish means we will see you in the Champions League Round of 16, Villans 💜 pic.twitter.com/veTwbduOPp— Aston Villa (@AVFCOfficial) January 29, 2025
"Setiap pemain boleh berada dalam pasaran dimana ia bagus untuk pemain serta kelab. Untuk menerima tawaran itu kami akan membuat permintaan.
"Dia (Duran) pemain yang bagus, saya sentiasa cuba membantu dia dengan nasihat. Tetapi pemain mempunyai objektif dan cita-cita jika dia meninggalkan kerana dia mempunyai haluan dalam kariernya sendiri." katanya.
Must-Watch Video