Unai Emery tidak rela Aston Villa alpa
Shaiful Shamsudin
Disember 22, 2023 11:34 MYT
Disember 22, 2023 11:34 MYT
Unai Emery telah menggesa Aston Villa agar mengelak daripada berpuas hati ketika mereka mengintai kemuncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kemenangan ke atas Sheffield United yang sedang bergelut akan meletakkan Villa di tangga teratas dan meletakkan status mereka sebagai pencabar utama musim ini.
Mereka akan kekal di tangga teratas hingga Jumaat depan sekiranya Arsenal dan Liverpool mencatat keputusan seri hujung minggu.
Reputasi Villa kian meningkat sejak Emery mengambil alih yang ketika itu berada di tangga ke-14 pada Oktober tahun lalu.
Mereka telah memenangi 15 perlawanan liga di tempat sendiri berturut-turut termasuk menewaskan Arsenal dan Manchester City, namun Emery tetap berhati-hati dengan ancaman pasukan tercorot, The Blades.
“Saya perlu cuba mengekalkan motivasi dan persiapan yang sama untuk menghadapi perlawanan sebagaimana yang kami lakukan. Saya boleh mengingatkan mereka dan diri sendiri tentang beberapa perlawanan sukar yang kami harungi sebelum kami mula menang,” kata pengurus itu yang membantu Villa berada di tangga ketiga, satu mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Emery: "We are trying to get better with each match and we are going to be very demanding in how we can improve." ? pic.twitter.com/E8Ubq2Oe0V
— Aston Villa (@AVFCOfficial) December 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Apabila kami tidak beraksi seperti yang dihajati baik ketika menguasai dan tanpa bola. Walaupun menentang pasukan terbaik mahupun pasukan tercorot, kami menjurus kepada kekalahan.
“Kebimbangan saya mengenai pemain adalah ketekalan dalam menyediakan perlawanan, ketekalan dalam perlawanan dan fokus kepada taktikal kami.
“Walaupun kami meraih kemenangan ke atas pasukan terbaik EPL seperti Arsenal dan Manchester City dalam dua perlawanan terakhir di laman sendiri, kami masih akan menghadapi kesukaran yang sama ketika menentang Sheffield."