Selepas kali terakhir mengutarakan pandangan pada 1 Oktober lalu, kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya kembali bersuara menuntut penjelasan daripada permasalahan yang berlaku mengenai situasi bola sepak Malaysia ketika ini.
Susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), termasuk tujuh bintang warisan Harimau Malaya berikutan pemalsuan dokumen yang diterima.
Krisis tersebut dilihat terus meruncing susulan FAM didapati mengemukakan dokumen tidak sah dan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang melibatkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.
Ultras Malaya tampil dengan pendirian sama iaitu mahu semua pihak yang terlibat bertanggungjawab memberikan penjelasan terhadap segala persoalan yang bermain.
"Kami tidak menghentam mana-mana pihak secara membabi buta. Kami bersuara kerana maruah bola sepak negara wajar dipertahankan, dengan semangat patriotisme, bukan ketaatan membuta tuli.
"Rakyat dan penyokong berhak tahu," katanya di Facebook.
Pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) membabitkan skuad kebangsaan dan Laos semalam, ia seperti menonton dalam keadaan sunyi berikutan tiada nyanyian daripada Ultras Malaya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang