BOLA SEPAK
UKM tamatkan penguasaan UiTM rangkul Piala Sumbangsih
Penjaga gol Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Adam Harris Herman, muncul sebagai wira pasukan apabila cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dalam Piala Sumbangsih Liga Bolasepak Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Perlawanan berlangsung di Arena Universiti Malaya (UM) itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit masa permainan sebenar.
Ia sekali gus, menyaksikan UKM berjaya merangkul kejuaraan menerusi kemenangan 4-2.
Iklan
"Setelah terpaksa menunggu bertahun, akhirnya kami berhasil mendapatkan kemenangan.
"Saya agak gementar sambil bersyukur tekaan menyelamatkan gawang itu tepat," katanya di Nadi Weekend.
Sementara itu, jurulatih UKM, Mohd Rafiq Roslan, menyifatkan kejayaan itu sebagai permulaan terbaik buat pasukannya musim ini.
"Ini adalah trofi pertama kami lebih-lebih lagi menewaskan pasukan yang sangat kuat.
"Hasil daripada usaha keras itu, inilah kejayaan untuk kami," katanya.
Untuk rekod, UiTM sebelum ini mendominasi kejohanan itu dengan menjuarai setiap musim sejak 2018.
Must-Watch Video