UK, Ireland sah penganjur bersama Euro 2028

Muzaffar Musa
Oktober 11, 2023 09:41 MYT
Bidaan United Kingdom (UK) dan Republik Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 kini diluluskan secara rasmi, demikian diumumkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
10 stadium daripada lima negara itu akan menganjurkan perlawanan tertinggi peringkat Eropah itu pada lima tahun depan dan ia dijangka akan meningkatkan ekonomi negara-negara penganjur berkenaan.
Bidaan itu diterima selepas Turkiye menarik diri bagi memberikan fokus terhadap penganjuran bersama Itali bagi edisi 2032 dan perkara itu disahkan Jawatankuasa Eksekutif UEFA malam tadi.
10 stadium berkenaan disenaraikan UK dan Ireland dalam bidaan mereka pada April lalu, di mana enam daripada venue itu merupakan stadium di England serta masing-masing satu di Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.
Enam venue di England ialah Stadium Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James' Park, Villa Park dan stadium baru Everton di Bramley-Moore Dock.
Casement Park di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff pula melengkapkan senarai itu.

??➕?? CONFIRMED: #EURO2028 will take place in the UK and Republic of Ireland! Proposed venues include Belfast, Birmingham, Cardiff, Dublin, Glasgow, Liverpool, London (x2) Manchester and Newcastle. Congratulations to our confirmed hosts! pic.twitter.com/elnLbjWgam

— UEFA (@UEFA) October 10, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Republik Ireland #Euro 2028 #United Kingdon
;