UiTM kembali dalam kancah Liga Malaysia

Ammar Hakim
Mac 3, 2022 20:15 MYT
UiTM FC sah membuat pusingan u apabila kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini walaupun pasukan berstatus universiti itu dikatakan mahu menarik diri atas faktor penaja sebelum ini.
The Lions Troop memperkenalkan barisan kejurulatihan dan pemain untuk musim 2022 dengan bekas penolong jurulatih Johor Darul Takzim, Ismail Ibrahim diumumkan sebagai jurulatih baru kelab ini.
Menggantikan Reduan Abdullah, Ismail yang juga bekas kapten Selangor berdepan ranjau untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana susulan pasukannya dibarisi rata-ratanya mahasiswa.
Sehingga kini, UiTM FCbelum mempunyai pemilik baru, namun usaha itu sedang dirancang menerusi kerjasama strategik dengan beberapa bakal penaja bagi memastikan pasukan ini terus kekal dalam peta bola sepak Malaysia.
;