Sergio Busquets mengakui Barcelona tidak berpuas hati selepas disekat Manchester United dalam play-off Liga Europa, tetapi menegaskan ia tidak akan menjejaskan prestasi mereka di peringkat domestik.
Anak buah Xavi itu menyaksikan pengembaraan mereka di Eropah musnah musim ini selepas gagal mempertahankan bekalan gol di tempat lawan ketika berkunjung ke Old Trafford apabila kecundang 1-2 kepada wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan, sebentar tadi, sekali gus berputih mata untuk ke pusingan 16 dengan agregat 3-4.
Dengan barisan asuhan Erik ten Hag meraih kemenangan agregat 4-3, ia menandakan satu lagi kekecewaan buat skuad Blaugrana di pentas Eropah.
Barca kekal di puncak LaLiga dan dalam pemburuan gelaran Copa del Rey, lantas Busquets menegaskan bahawa keyakinan mereka sama sekali tidak akan goyah dengan kekecewaan terbaru ini.
"Daripada segi semangat, ia memberi kesan," katanya kepada Movistar+.
“Kami marah tetapi pasukan sedar dari mana ia muncul.
"Kami bagus dalam liga tetapi di Eropah, ada jurang kecil.
"Kami harus bercita-cita untuk memenangi segala-galanya.
"Kami berada di landasan yang betul dan saya pasti kekalahan ini tidak akan merentap semangat pasukan."

No matter what,
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 23, 2023
Barça forever. ?❤️ pic.twitter.com/76SbLCLdws