Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Sentuhan magis Mason Mount bawa Man United ke final!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-united-mason-mount.jpg
Mason Mount menjaringkan dua gol, dan Casemiro serta Rasmus Hojlund turut menemui sasaran ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Athletic Bilbao 4-1 sekaligus melangkah ke final Liga Europa.

Menang 3-0 di San Mames dalam aksi pertama minggu lalu, The Red Devils ketinggalan pada separuh masa apabila Mikel Jauregizar meledak gol pembukaan di Old Trafford awal pagi tadi.

Pemain gantian, Mount, menenangkan perlawanan sengit itu menerusi sentuhan cukup cemerlang ketika permainan berbaki 20 minit, sebelum Casemiro meletakkan tuan rumah di hadapan.

Sentuhan mudah Hojlund dan gol kedua peribadi Mount memastikan kemenangan 7-1 secara agregat, dan skuad kendalian Ruben Amorim kini sudah mula mengintai peluang menjulang gelaran musim ini apabila bertemu Tottenham 22 Mei ini.


 

Advertisement

Must Watch Video