Pemain pertahanan itu merupakan calon naturaliasasi yang akan memperkuatkan skuad Garuda susulan mempunyai partalian darah daripada ibunya yang merupakan warga Sulawesi Utara.
Sebelum ini dia dikhabarkan pernah menolak tawaran daripada Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) kerana ingin merebut tempat mewakili skuad Belanda.
Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu telah beraksi dalam 88 perlawanan dalam Liga Eredivisie dengan telah menjaringkan dua gol serta dua bantuan jaringan.