Bukanlah perlawanan yang sukar, namun Manchester United melepaskan peluang untuk membawa bekalan jaringan di tempat lawan selepas seri 2-2 berdepan Lyon dalam suku akhir pertama Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.
Dan semua itu berpunca daripada kesilapan penjaga gol Cameroon, Andre Onana, yang gagal menangkap kemas bola untuk tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan.
Onana, 29, mendakwa bahawa gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu jauh lebih baik daripada semua pasukan dalam kejohanan edisi kali ini terpaksa menelan kata-katanya sendiri yang memakan diri.
Kelab Ligue 1 itu terlebih dahulu berada di depan susulan sepakan percuma yang dilakukan Thiago Almada mengelirukan Onana, sebelum pertahanan muda, Leny Yoro membuka akaun jaringan bersama The Red Devils musim ini.
Tandukan bintang Belanda, Joshua Zirkzee, seakan menghadiahkan gol kemenangan pada minit ke-88, namun Rayan Cherki mudah menampan bola muntah daripada Onana untuk kedua-dua pasukan terikat 2-2 menuju aksi timbal balik kedua di Old Trafford, minggu depan.
Onana kini telah melakukan lapan kesilapan yang membawa kepada bolos sejak permulaan musim lalu, lebih banyak daripada penjaga gol EPL yang lain dalam semua pertandingan.
Tetapi Amorim memberitahu TNT Sports: "Apabila seorang pemain melakukan kesilapan, semua pasukan melakukan kesilapan, jadi kami harus mengharunginya bersama.
Apabila disoal mengenai kepercayaannya terhadap Onana, Amorim menjawab: "Kami akan terus melakukan perkara yang sama. Kami cuba memilih kesebelasan terbaik untuk memenangi perlawanan."
"Saya fikir jika kami menang 2-1 kami akan lebih yakin [untuk berjaya].
Ia sukar tetapi kami perlu mengekalkan permainan kami. Kami tidak kalah, kami boleh menang di Old Trafford," katanya.

⏹️ We take a draw to Old Trafford.#MUFC || #UEL
— Manchester United (@ManUtd) April 10, 2025