BILBAO 3 ROMA 1
Mats Hummels sedia bertanggungjawab atas leburnya impian Roma untuk memenangi Liga Europa (UEL) selepas disingkirkan Athletic Bilbao, awal pagi tadi.
Bekas pemain tengah Borussia Dortmund itu dilayangkan kad merah berikutan kekasaran terhadap Maroan Sannadi ketika permainan di San Mames hanya berusia 11 minit.
Nico Williams kemudiannya meledak dua gol dengan satu lagi gol menyusul daripada Yuri Berchiche, sementara sepakan penalti Leandro Paredes pada masa kecederaan membuktikan sekadar menjadi sagu hati dalam kekalahan 1-3 untuk tersingkir dengan agregat 3-4.
Hummels tidak mampu menahan emosinya ketika meluahkannya di laman media sosial, X, sambil memohon maaf kepada penyokong Roma berhubung kesilapannya yang membuatkan perlawanan menjadi seimbang.
"Saya minta maaf Roma, saya ingin memohon maaf kepada peminat kami dan rakan sepasukan saya," tulis pertahanan veteran itu.
“Hari ini saya mengecewakan semua orang dengan kesilapan yang bodoh dan mengerikan.
“Perlawanan-perlawanan ini dahulunya merupakan perlawanan yang sepatutnya boleh bergantung kepada saya.
"Kesilapan saya telah menjejaskan impian kelab untuk memenangi Liga Europa.
"Saya tak tahu nak cakap apa lagi, saya juga kecewa dengan diri sendiri sebagaimana anda semua."

↪️ Altre due sostituzioni: escono Dybala e Baldanzi, entrano Shomurodov e Pisilli.#AthleticRoma 1-0 pic.twitter.com/RU0phB4Yxk
— AS Roma (@OfficialASRoma) March 13, 2025