Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Manchester United sudah sebelah kaki ke final tapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maguire.jpg
Harry Maguire berkata Manchester United sudah sebelah kaki ke final Liga Europa (UEL) tetapi menggesa rakan sepasukannya untuk menyelesaikan dahulu tugasan kedua di Old Trafford.

United mempamerkan aksi cemerlang ketika menewaskan Athletic Bilbao 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di San Mames awal pagi tadi, di mana tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Dani Vivian dibuang padang pada minit ke-35.

Vivian dibuang pada tidak lama selepas Casemiro menanduk masuk gol pendahuluan The Red Devils sebelum ketua pasukan, Bruno Fernandes, memberikan kelebihan selesa buat pelawat dengan dua jaringannya sebelum separuh masa.

Ia merupakan kali pertama United menjaringkan tiga gol dalam separuh masa pertama pusingan kalah mati satu perlawanan peringkat Eropah sejak suku akhir Piala Eropah musim 1965-66.

Di sebalik kejayaan itu, Maguire enggan rakan sepasukannya terlalu terbawa-bawa.

"Adalah lebih penting untuk menang. Ia separuh masa pertama yang klinikal, separuh masa kedua yang profesional. Pada akhirnya, ia kemenangan yang hebat tetapi kami masih ada satu lagi perlawanan besar minggu depan.

"Segala tekanan kini di pihak kami, semua orang menjangkakan kami akan ke final.

"Jadi minggu depan, kami perlu memastikan yang kami bersedia, sama seperti perlawanan ini, dan jika kami dapat melakukannya, kami akan membuka peluang yang besar untuk ke final.

"Ia malam yang hebat buat kami, sebelah kaki di final tetapi ia masih belum selesai," kata Maguire.

 

Advertisement

Must Watch Video