Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Manchester United jauh lebih baik daripada Lyon --  Onana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

onana.jpg
Manchester United jauh lebih baik daripada Lyon menjelang perlawanan suku akhir di Liga Europa (UEL), kata penjaga gol pasukan itu, Andre Onana

United kini berada di tangga ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kempen yang mengecewakan, di mana pengurus baru, Ruben Amorim, gagal untuk mencetuskan perubahan selepas menggantikan Erik ten Hag.

Pertahanan The Red Devils mendapat pujian selepas mengatasi serangan bertubi-tubi Manchester City, yang berkesudahan 0-0, dalam aksi 'Derby Manchester' hujung minggu lalu.

Onana berasakan United jauh lebih hebat daripada kelab Ligue 1, Lyon, biarpun hanya tinggal satu sahaja peluang untuk mereka menyelamatkan kempen musim ini.

"Saya fikir kami lebih baik daripada mereka, kami hanya perlu pergi ke sana dan tunjukkan siapa kami.

"Kalau kami pergi ke sana dengan mempunyai mentaliti kemenenangan dan kami fokus, kekal teguh dan bersama-sama mengikut rancangan permainan, kami
akan memenangi permainan ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video