Manchester United memulakan kempen Liga Eropah (UEL) dengan permulaan kurang memuaskan apabila hanya sekadar mengikat pasukan Twente untuk seri 1-1 di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

Christian Eriksen membuka jaringan dengan penyudah yang tajam pada minit ke-34 untuk mendahului 1-0 sebelum kesilapannya memberikan peluang buat Sam Lammers menjaringkan gol penyamaan buat Twente dalam separuh masa kedua.




Walaupun skuad kendalian Erik Ten Hag mendominasi perlawanan sukar untuk menoktahkan kebuntuan dengan jaringan kemenangan untuk terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja.

Pemain Denmark itu menjadi pemain ketiga menjaringkan gol buat The Red Devils dalam saingan UEL selepas Peter Schmeichel dan Rasmus Hojlund.





Untuk rekod, United gagal memenangi perlawanan pembukaan UEL dalam empat musim terakhir mereka dengan skuad itu bergelut untuk menjaringkan gol di pentas Eropah itu.