Harry Maguire mengukir nama dalam sejarah Manchester United, apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-121 aksi suku akhir Liga Europa sekaligus melengkapkan kebangkitan luara biasa ke ata Olympique Lyonnais.
Selepas terikat 2-2 di Lyon minggu lalu, The Red Devils menyaksikan kelebihan dua gol yang dihasilkan di Theatre of Dreams terlerai apabila Lyon mengheret permainan ke masa tambahan.
Di sebalik kad merah yang dilayangkan terhadap pemain pelawat, skuad kendalian Paolo Fonseca meledak dua gol dan dalam perjalanan menyingkirkan United. Namun The Red Devils miliki perancangan yang berbeza, menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir untuk bertemu Athletic Bilbao dalam pusingan seterusnya.
Selepas tamat perlawanan, Maguire bercakap kepada TNT Sports, “Kami mengawal permainan pada separuh masa pertama. Kami juga berpeluang untuk mendapatkan gol ketiga dalam separuh masa kedua kemudian Lyon bangkit. Kemudian kami ketinggalan lagi dalam masa tambahan.
“Kami banyak memberikan lawan ruang, mereka bermain dengan pemain yang berkualiti.
“United berjaya bangkit dan sebaik kami mendapatkan gol yang keempat, saya berasakan masih ada peluang untuk ia hadir kepada saya. Saya bersyukur berjaya menjaringkan gol, satu perasaan yang cukup luar biasa.”
Manchester United akan menentang Bilbao dalam separuh akhir Liga Europa, dengan perlawanan pertama dimainkan di San Mamés -- juga venue perlawanan akhir tahun ini -- pada Khamis 1 Mei sebelum Old Trafford menjadi tuan rumah perlawanan timbal balik seminggu kemudian.