UEL
UEL: Keyakinan Manchester United makin pulih
MAN UTD 4 REAL SOCIEDAD 1
Bruno Fernandes berkata keyakinan di Manchester United makin meningkat tetapi sedar mereka hanya akan diukur berdasarkan keputusan selepas mara ke suku akhir Liga Europa.
Satu-satunya harapan United untuk meraih trofi musim ini adalah dalam pertandingan peringkat kedua Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), di mana mereka membelasah Real Sociedad 4-1 di Old Trafford awal pagi tadi untuk memastikan kemenangan agregat 5-2.
Iklan
Fernandes menjaringkan hatrik menerusi dua gol daripada sepakan penalti sebelum Diogo Dalot mengesahkan laluan mereka ke suku akhir untuk berdepan Lyon.
"Kelab ini adalah mengenai kemenangan. Kami perlu memenangi perlawanan," kata kapten United itu kepada TNT Sports.
— Manchester United (@ManUtd) March 14, 2025
“Perjalanan kami masih jauh, namun kami yakin jika kami fokus dalam setiap perlawanan akan datang dan mempunyai mentaliti yang tepat, kami mampu memenangi perlawanan.
“Dengan keputusan dan prestasi ini, anda mula beroleh keyakinan, ia adalah aspek paling penting dalam bola sepak.
"Kami mara dengan sangat baik tetapi kemajuan akan dilihat sekiranya kami meraih pencapaian. Di kelab ini, semuanya mengenai keputusan."
Must-Watch Video