Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Jaringan Orsic tumbangkan West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mislav-orsic-in.jpg
Mislav Orsic menjaringkan gol menakjubkan ketika Dinamo Zagreb mengatasi skuad West Ham 1-0 dalam saingan Liga Europa di London awal pagi tadi.

West Ham hadir ke dalam perlawanan sebagai pemenang Kumpulan H yang telah disahkan dan David Moyes melakukan 11 pertukaran daripada skuad yang melakar kemenangan 3-2 ke atas Chelsea sebelum ini.

Bagaimanapun, Orsic memberikan gol pendahuluan awal kepada pelawat, mengambil sepakan sudut dalam kadar segera sebelum melepaskan rembatan yang gagal diatasi penjaga gol, Alphonse Areola.
 

Di sebalik kekalahana di tempat sendiri, West Ham mara ke pusingan 16 Liga Europa selepas menamatkan saingan di tempat pertama, manakala Dinamo terpaksa berdepan aksi play-off berdepan salah satu pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Juara-Juara.

Lawan yang dijangka berdepan kelab Croatia itu termasuk Barcelona, Borussia Dortmund dan pemenang enam kali, Sevilla.

 

Advertisement

Must Watch Video