Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Harry Maguire hidupkan semula keghairahan Man United, mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maguire-new-new.jpg
Musim penuh kegelapan Manchester United tetap menghadirkan sinar apabila mereka melangkah ke separuh akhir Liga Europa dengan penuh bergaya yang luar biasa, melepaskan kelebihan dua jaringan sebelum bangkit menyingkirkan Olympique Lyonnais dengan keputusan 5-4.

Dengan musim United kini berpanji kepada saingan Liga Europa, kemenangan hanya satu-satunya pilihan buat skuad kendalian Ruben Amorim. Dan permulaan mereka penuh dengan keazaman yang tinggi, memecah kebuntuan seawal minit ke-10, gerakan yang dimulakan oleh Noussair Mazraoui berjaya disudahkan Manuel Ugarte. 

Corak permainan high press hampir memberikan gol kedua menerusi Casemiro, namun usaha pemain kelahiran Brazil berjaya ditepis Lucas Perri. 

Di sebalik usaha pelawat dengan jaringan, United menggandakan kelebihan menerusi Diogo Dalot.

Ketika perlawanan menghampiri 10 minit terakhir, United seakan hilang arah apabila Lyon bangkit meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit untuk mengheret permainan ke masa tambahan, bermula dengan gol Florentin Tolisso dan Nicolas Tagliafico.

Lyon, yang terpaksa bermain dengan 10 pemain ekoran kad merah dilayangkan kepada Tolisso, berjaya  mendapatkan gol pantas dalam masa tambahan, bermula dengan Ryan Cherki sebelum Alexandre Lacazette menyempurnakan sepakan penalti. 

Ketika United menemui penamat yang penuh kegelapan, barisan pemain yang setia bersama pasukan membawa sinar kepada pasukan, kapten pasukan, Bruno Fernandes mencetus inspirasi dengan gol pada minit ke-114 sebelum Kobbie Mainoo menyamakan kedudukan sebelum Harry Maguire melengkapkan kebangkitan United untuk melangkah ke separuh akhir. 

Mereka bakal bertemu Athletic Bilbao dalam misi ke final sekaligus memburu tiket ke Liga Juara-Juara.

Advertisement

Must Watch Video