Eintracht Frankfurt mempamerkan aksi cukup menakjubkan apabila mara ke separuh akhir Liga Europa dengan kemenangan 3-2 ke atas Barcelona di Camp Nou awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Jerman minggu lalu, dan sebarang jangkaan skuad kendalian Xavi lolos ke separuh akhir beraksi di laman sendiri terjejas apabila Filip Kostic menjaringkan gol menerusi penalti pada minit keempat.
Rafael Borre dan Kostic kemudian menambah lagi jaringan untuk memberikan kedudukan selesa, sebelum Sergio Busquets dan Memphis Depay mengurangkan defisit jaringan dalam masa kecederaan.
Tetapi Frankfurt telah melakukan cukup untuk merakamkan kemenangan 4-3 secara agregat dan skuad kendalian Oliver Glasner bakal bertemu West Ham dalam separuh akhir selepas mengatasi Lyon.

We've done it. WE'VE DONE IT!
— Eintracht Frankfurt (@eintracht_eng) April 14, 2022
⏰ FT | #FCBSGE 2-3 | #SGEuropa pic.twitter.com/K5Nq0gXXzu