Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Dua gol masa tambahan bawa AS Roma ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stephan-el-shaarawy.jpg
AS ROMA 4 FEYENOORD 1
(Roma ke separuh akhir dengan agregat 4-2 selepas masa tambahan)


Stephan El Shaarawy dan Lorenzo Pellegrini menjaringkan gol dalam masa tambahan untuk membawa AS Roma ke separuh akhir Liga Europa (UEL) dengan menewaskan Feyenoord 4-1 awal pagi tadi.

Ini selepas Giallorossi bangkit daripada ketinggalan satu gol dalam perlawanan pertama minggu lalu untuk meneruskan kemaraan dengan kelebihan agregat 4-2.

Gol pembukaan Leonardo Spinazzola dalam babak kedua memastikan Roma memadamkan jaringan Mats Wiefer daripada pertemuan pertama tetapi Igor Paixao kembali meletakkan pelawat  di depan secara agregat menerusi tandukannya berbaki 10 minit terakhir.

Bagaimanapun, Paulo Dybala menyelamatkan nasib Roma menerusi penyudah gemilangnya pada minit ke-89 untuk mengheret perhitungan itu ke masa tambahan.

Dan Roma terus menguasai sepanjang tempoh 30 minit berkenaan, di mana El Sharawy memastikan mereka berkelebihan dengan menyudahkan hantaran rendah Justin Bijlow sebelum video bantuan pengadil mengesahkan jaringan Pellegrini biarpun pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid.

Kemenangan itu menyaksikan Roma akan menghadapi dua pertemuan dengan wakil Jerman, Bayer Leverkusen, bagi penentuan ke final.
 

Advertisement

Must Watch Video