Harapan Athletic Club untuk melangkah ke final di laman sendiri, San Mames dalam saingan Liga Europa makin samar susulan mereka bakal ke Old Trafford bertemu Manchester United tanpa bintang utama.
United melakar kejutan ke atas Los Leones dalam tempoh 15 minit, merakamkan kemenangan 3-0 di Bilbao. Dan jika mahu mencipta kebangkitan, Athletic harus melakukannya dengan empat bintang utama pasukan.
Dalam aksi pertama, Athletic tanpa kelibat penjaring gol terbanyak pasukan, Oihan Sancet, yang berdepan masalah kecederaan hamstring. Dengan harapan dia dapat beraksi dalam aksi kedua, bagaimanapun ia tidak dapat dimeterai.
Menambah luka buat skuad kendalian Ernesto Valverde, mereka bakal bertemu United tanpa khidmat Inaki Williams dan Nico Williams.
Kedua-dua pemain itu diganti dalam aksi pertama, dan tidak berlatih bersama pasukan sejak kekalahan itu selepas kedua-dua pemain perlu menjalani pembedahan bagi menyelesaikan masalah kecederaan yang dialami.
Sementara itu, pertahanan skuad Sepanyol, Dani Vivian, tidak dapat beraksi ekoran kad merah dilayangkan dalam aksi pertama. Ini bermakna Athletic Club bakal bertemu Manchester United dengan siri pemain muda dalam skuad mereka.
Dengan kedua-dua Villarreal dan Real Betis menang pada hujung minggu, dan keputusan seri yang diraih Athletic, ia mengurangkan kelebihan mereka dalam perlumbaan Liga Juara-Juara masing-masing kepada tiga dan empat mata dengan baki empat perlawanan.