Selepas disingkirkan oleh Manchester United dalam suku akhir FA Cup, Liverpool kini, berkemungkinan akan tersingkir dalam saingan Liga Eropa UEFA (UEL).
Tutto vero. ?
— Atalanta B.C. (@Atalanta_BC) April 11, 2024
One for the ages ⏹#LiverpoolAtalanta 0-3 | FT #UEL #GoAtalantaGo ⚫️? pic.twitter.com/eUBv9LPWVA
Seawal minit ke-38, penyerang prolifik Atalanta, Gianluca Scammaca, menyumbat gol pertama hasil hantaran lintang daripada Davide Zappacosta yang mudah mengelirukan pertahanan pasukan Liverpool.
Pada babak kedua, Klopp, memasukkan Andrew Robertson, Dominik Szoboszlai dan Mohamed Salah bagi membantu bahagian serangan untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi tidak membuahkan hasil.
Atalanta yang dikendalikan oleh jurulatih yang berasal dari Itali, Gian Piero Gasperini, menambah derita buat penyokong The Reds di Anfield, apabila Gianluca Scammaca, sekali lagi menjaringkan gol kedua perlawanan selepas tidak dikawal oleh pertahanan Liverpool.
Pemain tengah dari Croatia, Mario Pasalic, terus menjarakkan jurang dengan menghadiahkan gol kemenangan buat La Dea pada minit ke-83 dengan jaringan cantiknya untuk Atalanta pulang membawa bekalan tiga gol di aksi timbal balik seterusnya.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Atalanta, Juan Musso, yang bertindak cemerlang menyelamatkan gawang gol mereka daripada percubaan berbahaya pasukan Liverpool.