Aston Villa menamatkan kemarau kemenangan musim ini apabila memulakan kempen Liga Europa (UEL) dengan menewaskan Bologna 1-0 di Villa Park awal pagi tadi.
Villa gagal mencatatkan sebarang kemenangan setakat lima perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini tetapi dipandang sebagai pencabar utama dalam UEL.
Pasukan Inggeris itu layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan hampir menyingkirkan PSG di Villa Park tetapi akur dengan kekalahan agregat kepada pasukan gergasi Perancis berkenaan.
Akan tetapi, keharmonian dalam pasukan mereka dipersoalkan musim ini sebaik pengurus, Unai Emery, melabel pemainnya sebagai pemalas selepas gagal menewaskan Sunderland, yang beraksi dengan 10 pemain, hujung minggu lalu dan pengarah sukan, Monchi, pula memilih untuk melepaskan jawatannya baru-baru ini.
Bagaimanapun, jaringan awal ketua pasukan, John McGinn, sudah cukup untuk memberikan kemenangan pertama.
Pemain kebangsaan Scotland itu melepaskan rembatan ke penjuru bawah untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan berkenaan pada minit ke-13.