Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Aksi agresif bantu Rangers tundukkan Red Star Belgrade

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james-tavernier_grnm0skkoo9n19jlbo0in7zwf.jpg
Satu perlawanan yang cemerlang di Ibrox menyaksikan Rangers menewaskan Red Star Belgrade 3-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa awal pagi tadi.

Perlawanan yang dikuasai oleh keputusan awal VAR menyaksikan gol daripada James Tavernier, Alfredo Morelos dan Leon Balogun memastikan kemenangan besar untuk anak buah Giovanni van Bronckhorst.

Pasukan pelawat bolos dua kali, dua gol diketepikan kerana ofsaid, dan menyaksikan sepakan penalti diselamatkan oleh Allan McGregor dalam pembukaan 25 minit di Glasgow.

Skuad kendalian Dejan Stankovic masih lagi meletakkan kepercayaan mampu mengubah keadaan di Stadium Rajko Mitic minggu depan, di mana mereka telah memenangi tiga daripada empat perlawanan di tempat sendiri Liga Europa musim ini (L1), tetapi hanya sekali mereka menang dengan lebih daripada satu gol (4 -0 lwn CFR Cluj).

 

Advertisement

Must Watch Video