Skip to main content

Bola Sepak

UEFA umum perubahan drastik peraturan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uefa-ucl.jpg
Persatuan Bola Sepak Eropah Bersatu telah mencadangkan pindaan terhadap format pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dan Liga Europa bagi mengurangkan beban pemain pada separuh kedua musim bola sepak yang padat.

Pemain utama terpaksa beraksi dalam perlawanan yang berintensiti tinggi tanpa mendapat tempoh rehat yang mencukupi untuk proses pemulihan serta penyesuaian antara musim.

Keadaan ini telah mencetuskan gesaan agar badan penggubal undang-undang sukan mengambil langkah segera atas dasar kebajikan pemain.

Menurut laporan Martyn Ziegler dari The Times, jawatankuasa pertandingan kelab Liga Juara-Juara telah membincangkan cadangan tersebut namun akhirnya menolak satu bentuk penyelesaian yang berpotensi membawa perubahan baharu kepada format perlawanan kalah mati bola sepak dan berkemungkinan mempengaruhi badan pentadbiran bola sepak yang lain.

Jawatankuasa telah menetapkan untuk mengekalkan masa tambahan selama 30 minit sahaja sebagai penentu seri dalam perlawanan kalah mati, sekali gus menolak cadangan pemansuhannya dalam pertandingan kelab Liga Juara-Juara.

"Terdapat beberapa tekanan untuk membuang masa tambahan bagi mengurangkan beban pemain dalam perlawanan yang sudah padat," 

"Terdapat juga hujahan bahawa ia memberi kelebihan tidak adil kepada pasukan yang bermain di tempat sendiri pada perlawanan kedua." lapor Ziegler

UEFA mengambil langkah lebih adil untuk mengimbangi perlawanan timbal balik pada tahun 2021 yang lalu, apabila ia memansuhkan peraturan gol di tempat lawan.

Sejak itu, "37 perlawanan Liga Juara-Juara telah pergi ke masa tambahan, dengan 15 daripada itu telah selesai dengan penentuan sepakan penalti.

"Dalam Liga Europa dan Liga Persidangan cuma lebih separuh daripada perlawanan yang melepasi masa tambahan telah berakhir dengan penalti."

Menurut Ziegler, UEFA membuat keputusan itu kerana bimbang tentang pasukan yang lemah akan bermain secara bertahan dan cuma berharap pada sepakan penalti sahaja.

Mereka berasakan 'lebih baik untuk cuba mencapai keputusan dengan bermain masa tambahan daripada terus ke loteri penalti'.  

Kaedah masa tambahan sering dipersoalkan hasilnya sebagai penentu perlawanan, dan kini tidak diguna pakai lagi dalam perlawanan di peringkat bawahan. Pemilihan hanya menerusi sepakan penalti.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video