Skip to main content

Bola Sepak

UEFA hukum Celtic bersolidariti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

celtic.jpg
Celtic terus mengundang kemarahan Kesatuan Bola Sepak Antarabangsa (UEFA) selepas didenda £25,224 (RM147,962) kerana gelagat penyokong mereka dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid di tempat sendiri, bulan lalu.

Peminat Celtic mengingkari rayuan kelab untuk tidak membawa bendera atau sepanduk yang berkaitan dengan pergolakan di Timur Tengah yang menyaksikan The Hoops didenda £15,222 (RM89,279) kerana memaparkan “mesej provokatif yang bersifat menyinggung perasaan”.

Celtic juga didenda £6,960 (RM40,821) kerana penyokong mereka menghalang laluan awam dan £3,044 (RM17,853) kerana menyalakan suar. 





Atletico turut dikenakan dihukum dalam perlawanan di Glasgow pada 25 Oktober yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Kelab Sepanyol itu didenda £2,610 (RM15,307) kerana menyalakan bunga api selain diberi amaran kerana kerana berkelakuan tidak wajar.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video